PENGENALAN PROSES GEOMORFOLOGI
- Merujuk pada proses fizikal, kimia dan biologi yang mengakibatkan perubahan pada bentuk bumi
- Setiap proses geomorfologi mempunyai agen (agen geomorfologi) yang menjadi nadi kepada perubahan dan perkembangan sesuatu bentuk muka bumi
- Proses geomorfologi boleh bersifat membina dan/atau merosak/memusnahkan bentuk muka bumi, bergantung pada kekuatan/kadar sesuatu proses geomorfologi
- Agen yang sama juga boleh bertindak bagi kedua-dua kejadian itu, contoh; air sungai bertindak menghakis tebing sungai (merosak) tetapi pada masa yang sama air sungai juga memendapkan bahan-bahan hakisan di sepanjang alirannya (membina)
- Pembinaan dan kemusnahan sesuatu bentuk muka bumi biasanya bukan hanya digerakkan oleh satu proses geomorfologi sahaja tetapi mungkin melibatkan lebih daripada satu proses geomorfologi yang saling bertindakbalas
- PROSES ENDOGENETIK
- Proses endogenetik adalah proses geomorfologi yang berpunca dari bahagian dalam bumi, atau dengan kata lain, perubahan bentuk bumi berlaku akibat tenaga yang dibekalkan dari dalam perut bumi (kerak bumi)
- Tenaga dari dalam kerak bumi berpunca daripada tenaga graviti dan tenaga radiogenik
- Tenaga graviti terhasil daripada mampatan jisim dan pertambahan momentum sudut semasa pembentukan planet
- Tenaga radiogenik (atom) terhasil daripada pencerakinan nukleus atom yg wujud dlm bahan radiogenik spt kalium, uranium dan thorium
- Proses endogenetik biasanya melibatkan perubahan bentuk bumi pada skala besar
- Kuasa/kadar yang terlibat dalam proses endogenetik juga biasanya adalah pada skala yang besar
- Seringkali proses endogenetik mengakibatkan kemusnahan
- Namun perlu diingat bahawa kedua-dua tenaga endogenik tidak menghasilkan tenaga ke permukaan bumi tetapi pengumpulan tenaga tersebut di bahagian kerak bumi mampu memulakan pembentukan gunung berapi di bawah permukaan bumi
No comments:
Post a Comment