1. Diastrofisme
- Diastrofisme atau pergerakan kerak bumi merujuk pada proses geomorfologi yang merubah bentuk & kedudukan bahagian kerak bumi serta bahagian mantel atas (Rajah 1)
- Proses ini terbahagi kepada 2:
- o Epeirogenesis-pengangkatan atau penurunan bahagian muka bumi yang luas secara perlahan-lahan
- o Orogenesis-pengangkatan atau penurunan bahagian muka bumi secara pantas tetapi hanya melibatkan bahagian kerak bumi yang terhad
Rajah 1: Keratan rentas lapisan bumi
2. Vulkanisme
- Vulkanisme atau aktiviti gunung berapi merujuk pada kegiatan gunung berapi di permukaan bumi dan kelakuan magma di dalam kerak bumi
- Kegiatan gunung berapi di permukaan bumi antara lain adalah seperti letupan, aliran lava dan pengeluaran wap serta gas)
- Kelakuan magma di dalam kerak bumi antara lain adalah seperti penerobosan dan pembekun magma
PROSES EKSOGENETIK
- Proses eksogenetik adalah proses geomorfologi yang berpunca daripada sumber yang berada di luar bumi (termasuk impaknya ke atas permukaan bumi)
- Bahang matahari adalah punca tenaga utama yang mengerakkan pelbagai proses geomorfologi dalam kategori ini
- Tenaga eksogenik mempunyai upaya yang berbeza-beza dalam merubah bentuk muka bumi, dari segi tempat dan masa yang juga berbeza-beza
- Asas utama proses eksogenik adalah untuk meratakan permukaan bumi melalui penggondolan dan pemendapan
- Penggondolan seperti proses hakisan akan menghakis kawasan yang tidak stabil menjadi lebih rendah manakala proses pemendapan pula memenuhkan bahan di bahagian tergondol-perataan permukaan akan terhasil
1. Degradasi
- Proses degradasi adalah proses geomorfologi yang bersifat merosakkan, memusnahkan dan menyahkan bentuk dan bahan
- 3 proses utama degradasi adalah luluhawa, hakisan dan susutan darat
- Luluhawa adalah proses geomorfologi yang menukar sifat fizikal dan kimia bahan tetapi tidak memindahkan bahan ke tempat lain
- Proses luluhawa melibatkan komponen fizikal, kimia dan biologi bahan
- Produk akhir daripada proses luluhawa adalah bahan yang tersepai atau bahan pereputan
- Dgn ini proses luluhawa boleh dinyatakan secara umum sebagai proses pemecahan, pemisahan dan pereputan/penyepaian bahan akibat tindakan suhu dan air
- Hakisan adalah proses geomorfologi yang merubah sifat fizikal bahan tetapi tidak merubah sifat kimia dan biologi bahan
- Hasil hakisan dipindahkan dari tempat asal melalui proses pengangkutan bahan
- Produk hakisan dikenali sebagai sedimen
- Dgn ini proses hakisan boleh dinyatakan secara umum sebagai proses pemisahan, pemindahan dan pengangkutan sedimen akibat tindakan air (impak hujan, air mengalir, angin, tindakan air laut dan pergerakan glasier)
- Susutan daratan adalah proses geomorfologi yang bersifat pergerakan bahan ke bawah akibat tarikan graviti (pergerakan menuruni cerun)
- Susutan daratan ini biasa berlaku di kawasan yang bercerun-meruntuhkan himpunan bahan (tanah/batu) ke kaki cerun
- Air bertindak sebagai pelincir yg menurunkan/menjatuhkan/menyusutkan bahan/jisim
- Dgn kata lain, susutan daratan berlaku apabila jisim berada dlm keadaan tidak stabil
2. Agradasi
- Proses agradasi adalah proses geomorfologi yang bersifat membina dan mengembangkan (pertumbuhan) bentuk bumi
- Proses ini bersifat meratakan permukaan bumi melalui proses pemendapan bahan di ruang-ruang yang mengalami degradasi
- Proses utama agradasi adalah pemendapan bahan
- Agen agradasi juga sama dengan agen degradasi TETAPI kuasa/kadar tindakan agenagen tersebut tidak sama-perlahan, lemah dan kurang impak
3. Tindakan organisma
- Tindakan organism dalam geomorfologi merujuk pada kegiatan manusia dan haiwan/serangga serta flora yang membina dan/atau memusnahkan sesuatu bentuk bumi
- Manusia adalah agen geomorfologi antropegenik yang sgt berpengaruh dalam proses geomorfologi
- Kebiasaannya, tindakan manusia bersifat merosakkan serta memusnahkan sesuatu bentuk bumi sedia ada
- Tindakan langsung manusia yg merosak dan memusnahkan adalah seperti memotong cerun, menggondol permukaan tanah dan memampatkan tanah
- Tindakan tidak langsung manusia yg merosak dan memusnahkan adalah seperti kegiatan perlombongan, penebangan hutan dan pembinaan empangan
- Tindakan manusia seperti merata atau meninggikan sesuatu kawasan dengan membawa tanah dari tempat lain juga boleh mengganggu kesemulajadian proses geomorfologi
- Kegiatan haiwan seperti rakun dan cerpelai yg mengorek tanah untuk dijadikan tempat perlindungan juga boleh mengganggu/merosak bentuk bumi sedia ada, menghasilkan lubang-lubang bawah tanah
- Kegiatan anai-anai pula sepertinya membina bentuk bumi baru dengan menara tanah buatan
- Akar tumbuhan juga boleh bertindak memusnahkan bahan bumi, seperti akar yg boleh memecahkan batuan lantas mendedahkan permukaan dalaman batuan pada agen cuaca
Kesimpulan
Proses geomorfologi melibatkan agen-agen tertentu dalam merosak/memusnah dan membina bentuk bumi. Iklim (suhu dan air) adalah antara agen geomorfologi yg sangat penting dalam proses degradasi dan agradasi, di samping tindakan organism yg melibatkan manusia, haiwan/serangga dan tumbuhan
RUJUKAN
Frank Ahnert. 1996. Introduction to geomorphology. London: Arnold
Jamaluddin Md. Jahi. 1989. Pengantar geomorfologi. Kuala Lumpur: DBP
Tjia H D. 1987. Geomorfologi. Kuala Lumpur: DBP
No comments:
Post a Comment