Pages

Sunday, 28 April 2013


PENGENALAN GEOMORFOLOGI DARI PERSPEKTIF GEOGRAFI

1. Skop geomorfologi dari perspektif geografi fizikal

  • Geomorfologi sebagai salah satu bidang sains bumi mempunyai perspektif/fokus yang berbeza antara geografi dan geologi
  • Geografi (fizikal) – kajian mengenai perbezaan permukaan bumi (bentuk bumi) dari segi ruang
  • Geologi – kajian mengenai sejarah bumi dan perkembangan bumi dari segi kerakbumi dan permukaan bumi berdasarkan rentasan masa tertentu
  • Dua proses utama bidang geomorfologi dalam memahami bentuk-bentuk bumi adalah denudasi dan pemendapan.

2. Bentuk bumi

  • Setiap bentuk bumi mempunyai ciri khusus tertentu yang berbeza, berkait dengan lokasi yang berbeza, keberkesanan sesuatu proses geomorfologi yang berbeza dan saiz bahan yang berbeza
  • Setiap bentuk bumi terbina, berkembang dan lenyap berdasarkan masa-masa tertentu dalam sejarah bumi, dan akan digantikan pula dengan bentuk bumi lain
  • Kewujudan (mula) sesuatu bentuk bumi akan mengalami perkembangan (proses) dan akhirnya lenyap (akhiran) kesan daripada perubahan yang mungkin berlaku pada proses geomorfologi pada sesuatu masa
  • Terdapat hubungan yang jelas antara saiz dan tempoh masa bagi kewujudan sesuatu bentuk bumi
  • Permulaan bagi pentas benua adalah krater mikro yang terhasil daripada impak titisan hujan, dengan proses perkembangan yang sangat lama, melibatkan pembentukan galir-galur, batuan, lembah dan gunung
  • Keberkesanan proses geomorfologi dalam mengubah bentuk bumi memerlukan tempoh tertentu-kesannya adalah perbezaan bentuk bumi dari segi saiz dan tempoh perkembangan
  • Sekiranya sesuatu bentuk bumi itu besar, maka lebih lama tempoh yang diperlukan untuk bentuk bumi itu lenyap
  • Ini juga bermakna lebih banyak bahan yang perlu dinyahkan (melalui proses geomorfologi) dan dimendapkan semula, mungkin di suatu lokasi yang lain daripada tempat asal kewujudannya
3. Komponen metodologi dalam geomorfologi
  • Dari segi komponen, geomorfologi dapat dibahagi pada 2 bahagian, iaitu geomorfologi sistematik dan geomorfologi wilayah
  • Geomorfologi sistematik-kajian mengenai hubungan antara (i) bentuk permukaan bumi,(ii) batuan dan (iii) bahan tanih serta proses geomorfologi yang bertindak terhadap ketiga-tiga elemen tersebut
  • Geomorfologi wilayah-kajian mengenai bentuk bumi di sesuatu zon/wilayah (zon iklim) dan fokus terhadap sintesis mengenai kewujudan dan perkembangan sesuatu bentuk bumi di wilayah berkenaan serta proses khusus yang signifikan terhadap sesuatu bentuk bumi dalam lingkungan wilayah tertentu
  • Walau bagaimanapun, kedua-dua bahagian itu mempunyai 2 asas yang sama iaitu,
  • o penjelasan mengenai bentuk bumi semasa, proses yang mebentuknya serta kajian terhadap saling-hubungan antara komponen yang terlibat dalam pembentukan sesuatu bentuk bumi.
  • o perkembangan yang mengambil masa yang lama bagi sesuatu bentuk bumi yang wujud sekarang dapat dijelaskan dengan memahami proses yang berlaku terdahulu di awal sejarah perkembangan bumi
  •  3 peringkat yang menjadi dasar pada kajian geomorfologi bagi kedua-dua bahagian ini adalah (i) morfografi, (ii) geomorfologi kefungsian, dan (iii) morfologi sejarah-genetik
  • Kajian morfografio menjelaskan bentuk bumi dari segi ciri geometrik dan dimensi serta lokasi keruangan dan letakannya
  • o mecatatkan bahan-bahan permukaan bumi yang relevan terutama tanih dan batuan bawah tanah
  • o mengenal pasti kesan tinggalan/jejak proses geomorfologi terdahulu
  • Penjelasan dan klasifikasi bentuk bumi dalam kajian morfografi kebanyakannya dilakukan berdasarkan pemerhatian di lapangan, analisis gambar foto, imej satelit, peta topografi, peta geologi dan peta tanih
  • Kajian geomorfologi kefungsian-menjelaskan hubungan antara dua atau lebih pembolehubah yang terlibat dalam pembentukan, perkembangan dan pe-nyahan sesuatu bentuk bumi, biasanya melibatkan kaedah kuantitatif
  • Geomorfologi kefungsian juga menjelaskan hubungan semasa antara bentuk bumi, bahan batuan dan bahan tanih serta proses terlibat berdasarkan data empirikal dan analisis sampel yang dilakukan di dalam makmal
  • Kajian geomorfologi sejarah-genetik-memfokus pada morfogenesis, formasi dan perkembangan jangka panjang bentuk bumi
  • Kajian begini melibatkan penjelasan mengenai pengaruh iklim (perubahan) dan tektonik (pergerakan) dengan menganalisis kesan-kesan tinggalan seperti bahan mendapan, struktur geologi dan komponen lanskap

4. Sub-bidang geomorfologi dalam geografi fizikal
  •  Bidang geomorfologi boleh dibahagikan kepada beberapa sub-bidang berdasarkan beberapa kriteria:
  • o Proses yang dominan
  • o Pengaruh persekitaran yang signifikan
  • Dari segi proses yang dominan, pembahagian sub-bidang geomorfologi dipengaruhi oleh faktor agen yang dominan dalam pembentukan dan perkembangan bentuk bumi seperti;
  • o Air mengalir-Geomorfologi fluvial
  • o Pergerakan ais-glasier-Geomorfologi glasier
  • o Tindakan air laut-Geomorfologi pinggir pantai
  • Dari segi pengaruh persekitaran yang signifikan pula, persekitaran setempat (struktur dan iklim) mewujudkan pembahagian sub-bidang geomorfologi seperti berikut;
  • o Geomorfologi kestrukturan-kajian mengenai impak struktur batuan terhadap perbezaan keruangan dari segi proses dan bentuk bumi
  • o Geomorfologi iklim-menekankan pengaruh iklim dalam menjelaskan perkembangan bentuk bumi di kawasan iklim tertentu
  • o Geomorfologi klimatogenetik-menjelaskan perkembangan bentuk bumi di suatu kawasan iklim tertentu yang berbeza keadaan iklimnya terdahulu
  • o Geomorfologi kars-menjelaskan perkembangan bentuk bumi yang sangat dipengaruhi oleh proses luluhawa dan denudasi
  • Kini, geomorfologi gunaan mula mendapat tempat selaras dengan kesedaran orang ramai terhadap persekitaran-menuntut kefahaman yang jelas dalam mengatasi sesuatu masalah persekitaran seperti masalah hakisan dan banjir

No comments:

Post a Comment