Pages

Monday, 29 April 2013


1. Diastrofisme

  • Diastrofisme atau pergerakan kerak bumi merujuk pada proses geomorfologi yang merubah bentuk & kedudukan bahagian kerak bumi serta bahagian mantel atas (Rajah 1)
  • Proses ini terbahagi kepada 2:
  • o Epeirogenesis-pengangkatan atau penurunan bahagian muka bumi yang luas secara perlahan-lahan
  • o Orogenesis-pengangkatan atau penurunan bahagian muka bumi secara pantas tetapi hanya melibatkan bahagian kerak bumi yang terhad


Rajah 1: Keratan rentas lapisan bumi

2. Vulkanisme
  • Vulkanisme atau aktiviti gunung berapi merujuk pada kegiatan gunung berapi di permukaan bumi dan kelakuan magma di dalam kerak bumi
  • Kegiatan gunung berapi di permukaan bumi antara lain adalah seperti letupan, aliran lava dan pengeluaran wap serta gas)
  • Kelakuan magma di dalam kerak bumi antara lain adalah seperti penerobosan dan pembekun magma

PROSES EKSOGENETIK

  • Proses eksogenetik adalah proses geomorfologi yang berpunca daripada sumber yang berada di luar bumi (termasuk impaknya ke atas permukaan bumi)
  • Bahang matahari adalah punca tenaga utama yang mengerakkan pelbagai proses geomorfologi dalam kategori ini
  • Tenaga eksogenik mempunyai upaya yang berbeza-beza dalam merubah bentuk muka bumi, dari segi tempat dan masa yang juga berbeza-beza
  • Asas utama proses eksogenik adalah untuk meratakan permukaan bumi melalui penggondolan dan pemendapan
  • Penggondolan seperti proses hakisan akan menghakis kawasan yang tidak stabil menjadi lebih rendah manakala proses pemendapan pula memenuhkan bahan di bahagian tergondol-perataan permukaan akan terhasil

1. Degradasi
  • Proses degradasi adalah proses geomorfologi yang bersifat merosakkan, memusnahkan dan menyahkan bentuk dan bahan
  • 3 proses utama degradasi adalah luluhawa, hakisan dan susutan darat
  • Luluhawa adalah proses geomorfologi yang menukar sifat fizikal dan kimia bahan tetapi tidak memindahkan bahan ke tempat lain
  • Proses luluhawa melibatkan komponen fizikal, kimia dan biologi bahan
  • Produk akhir daripada proses luluhawa adalah bahan yang tersepai atau bahan pereputan
  • Dgn ini proses luluhawa boleh dinyatakan secara umum sebagai proses pemecahan, pemisahan dan pereputan/penyepaian bahan akibat tindakan suhu dan air
  • Hakisan adalah proses geomorfologi yang merubah sifat fizikal bahan tetapi tidak merubah sifat kimia dan biologi bahan
  • Hasil hakisan dipindahkan dari tempat asal melalui proses pengangkutan bahan
  • Produk hakisan dikenali sebagai sedimen
  • Dgn ini proses hakisan boleh dinyatakan secara umum sebagai proses pemisahan, pemindahan dan pengangkutan sedimen akibat tindakan air (impak hujan, air mengalir, angin, tindakan air laut dan pergerakan glasier)
  • Susutan daratan adalah proses geomorfologi yang bersifat pergerakan bahan ke bawah akibat tarikan graviti (pergerakan menuruni cerun)
  • Susutan daratan ini biasa berlaku di kawasan yang bercerun-meruntuhkan himpunan bahan (tanah/batu) ke kaki cerun
  • Air bertindak sebagai pelincir yg menurunkan/menjatuhkan/menyusutkan bahan/jisim
  • Dgn kata lain, susutan daratan berlaku apabila jisim berada dlm keadaan tidak stabil

2. Agradasi
  • Proses agradasi adalah proses geomorfologi yang bersifat membina dan mengembangkan (pertumbuhan) bentuk bumi
  • Proses ini bersifat meratakan permukaan bumi melalui proses pemendapan bahan di ruang-ruang yang mengalami degradasi
  • Proses utama agradasi adalah pemendapan bahan
  • Agen agradasi juga sama dengan agen degradasi TETAPI kuasa/kadar tindakan agenagen tersebut tidak sama-perlahan, lemah dan kurang impak

3. Tindakan organisma

  • Tindakan organism dalam geomorfologi merujuk pada kegiatan manusia dan haiwan/serangga serta flora yang membina dan/atau memusnahkan sesuatu bentuk bumi
  • Manusia adalah agen geomorfologi antropegenik yang sgt berpengaruh dalam proses geomorfologi
  • Kebiasaannya, tindakan manusia bersifat merosakkan serta memusnahkan sesuatu bentuk bumi sedia ada
  • Tindakan langsung manusia yg merosak dan memusnahkan adalah seperti memotong cerun, menggondol permukaan tanah dan memampatkan tanah
  • Tindakan tidak langsung manusia yg merosak dan memusnahkan adalah seperti kegiatan perlombongan, penebangan hutan dan pembinaan empangan
  • Tindakan manusia seperti merata atau meninggikan sesuatu kawasan dengan membawa tanah dari tempat lain juga boleh mengganggu kesemulajadian proses geomorfologi
  • Kegiatan haiwan seperti rakun dan cerpelai yg mengorek tanah untuk dijadikan tempat perlindungan juga boleh mengganggu/merosak bentuk bumi sedia ada, menghasilkan lubang-lubang bawah tanah
  • Kegiatan anai-anai pula sepertinya membina bentuk bumi baru dengan menara tanah buatan
  • Akar tumbuhan juga boleh bertindak memusnahkan bahan bumi, seperti akar yg boleh memecahkan batuan lantas mendedahkan permukaan dalaman batuan pada agen cuaca 

Kesimpulan

Proses geomorfologi melibatkan agen-agen tertentu dalam merosak/memusnah dan membina bentuk bumi. Iklim (suhu dan air) adalah antara agen geomorfologi yg sangat penting dalam proses degradasi dan agradasi, di samping tindakan organism yg melibatkan manusia, haiwan/serangga dan tumbuhan

RUJUKAN

Frank Ahnert. 1996. Introduction to geomorphology. London: Arnold
Jamaluddin Md. Jahi. 1989. Pengantar geomorfologi. Kuala Lumpur: DBP
Tjia H D. 1987. Geomorfologi. Kuala Lumpur: DBP


Proses Geomorfologi


PENGENALAN PROSES GEOMORFOLOGI

  • Merujuk pada proses fizikal, kimia dan biologi yang mengakibatkan perubahan pada bentuk bumi
  • Setiap proses geomorfologi mempunyai agen (agen geomorfologi) yang menjadi nadi kepada perubahan dan perkembangan sesuatu bentuk muka bumi
  • Proses geomorfologi boleh bersifat membina dan/atau merosak/memusnahkan bentuk muka bumi, bergantung pada kekuatan/kadar sesuatu proses geomorfologi
  • Agen yang sama juga boleh bertindak bagi kedua-dua kejadian itu, contoh; air sungai bertindak menghakis tebing sungai (merosak) tetapi pada masa yang sama air sungai juga memendapkan bahan-bahan hakisan di sepanjang alirannya (membina)
  • Pembinaan dan kemusnahan sesuatu bentuk muka bumi biasanya bukan hanya digerakkan oleh satu proses geomorfologi sahaja tetapi mungkin melibatkan lebih daripada satu proses geomorfologi yang saling bertindakbalas
  • PROSES ENDOGENETIK
  • Proses endogenetik adalah proses geomorfologi yang berpunca dari bahagian dalam bumi, atau dengan kata lain, perubahan bentuk bumi berlaku akibat tenaga yang dibekalkan dari dalam perut bumi (kerak bumi)
  • Tenaga dari dalam kerak bumi berpunca daripada tenaga graviti dan tenaga radiogenik
  • Tenaga graviti terhasil daripada mampatan jisim dan pertambahan momentum sudut semasa pembentukan planet
  • Tenaga radiogenik (atom) terhasil daripada pencerakinan nukleus atom yg wujud dlm bahan radiogenik spt kalium, uranium dan thorium
  • Proses endogenetik biasanya melibatkan perubahan bentuk bumi pada skala besar
  • Kuasa/kadar yang terlibat dalam proses endogenetik juga biasanya adalah pada skala yang besar
  • Seringkali proses endogenetik mengakibatkan kemusnahan
  • Namun perlu diingat bahawa kedua-dua tenaga endogenik tidak menghasilkan tenaga ke permukaan bumi tetapi pengumpulan tenaga tersebut di bahagian kerak bumi mampu memulakan pembentukan gunung berapi di bawah permukaan bumi

PENDEKATAN SISTEM DALAM GEOMORFOLOGI


  • Chorley R J adalah orang pertama yang memperkenalkan pendekatan sistem dalam kajian geomorfologi
  • Konsep sistem terbahagi kepada (i) sistem tertutup, dan (ii) sistem terbuka
  • Sistem tertutup-tidak menerima dan tidak juga mengeluarkan/menghasilkan tenaga
  • Sistem terbuka-menerima tenaga daripada persekitarannya dan memindahkan tenaga ke persekitarannya
  • Dalam geomorfologi, sistem geomorfologi memfokus pada perkara berikut:
  • o Bentuk (cth. lembah sungai, pantai, cerun)
  • o Ciri-ciri bentuk (cth. kedalaman lembah, panjang pantai, kecuraman cerun)
  • o Jenis bahan (cth. batu, tanih)
  • o Ciri-ciri jenis bahan (cth. keporosan, tekstur, struktur)
  • o Proses (cth. luluhawa, hakisan, pemendapan)
  • o Ciri-ciri proses (cth. pelarutan, air larian, halaju air)
  • Sistem geomorfologi boleh dibahagi pada (i) sistem statik, (ii) sistem proses, dan (iii) sistem proses tindakbalas
  • Sistem statik mempunyai 3 jenis:
  • o Sistem bentuk-berkait dengan bentuk dan/atau ciri bentuk
  • o Sistem bahan-berkait dengan jenis bahan dan/atau ciri bahan
  • o Sistem bentuk dan bahan-berkait dengan bentuk dan ciri bentuk serta jenis bahan dan ciri bahan
  • Sistem proses berkait dengan proses geomorfologi dan/atau ciri proses-biasanya melibatkan pemindahan bahan
  • Sistem proses juga melibatkan faktor masa dan menjadi komponen terpenting dalam memahami proses geomorfologi
  • Sistem proses tindakbalas menjelaskan hubungan antara komponen statik dan komponen proses
  • Fokus adalah tindakbalas satu atau lebih proses dan ciri bahan yang memberi impak kepada bentuk bumi dan bahan
  • Sistem proses tindakbalas biasanya sangat kompleks dengan pelbagai bentuk, bahan dan komponen (proses) yang saling bertindak
  • Walau bagaimanapun, kompleksiti itu sangat penting untuk difahami dalam menjelaskan perkembangan sesuatu bentuk bumi
  • Konsep keseimbangan dinamik (dynamic equilibrium) sangat penting dalam geomorfologi kerana berkait dengan saling tindakbalas proses
  • Keseimbangan dinamik dicirikan oleh kadar sesuatu proses geomorfologi yang konstan dengan mass budget (bajet mendak) tidak lagi mengalami perubahan
  • Dengan kata lain, sebarang tenaga yang masuk ke dalam sesuatu sistem tidak akan merubah bahan, bermakna tiada perkembangan terhadap betuk bumi-mewujudkan keadaan tindakbalas stabil
  • Tindakbalas stabil merujuk pada sistem proses tindakbalas yang wujud di dalam keadaan keseimbangan dinamik
  • Tindakbalas stabil tidak berkait dengan keseimbangan antara komponen, bahan dan bentuk sebagaimana keseimbangan dinamik, ia hanya merujuk kepada proses tindakbalas sahaja

  • PERSAMAAN GEOMORFOLOGI
  • Bidang geomorfologi lebih mudah difahami melalui satu persamaan berikut:
  •  F = f(PM)dt
  • F = bentuk bumi atau hasil (form)
  • P = proses (process)
  • M = bahan (material)
  • F = fungsi
  • dt = perubahan mengikut masa 
  • Bentuk bumi atau hasil merupakan angkubah terikat manakala proses dan bahan adalah angkubah bebas-dengan kata lain, sesuatu bentuk bumi wujud hasil daripada proses geomorfologi tertentu yang bertindak ke atas bahan tertentu, dan juga turut dipengaruhi oleh masa tertentu
  • Penggunaan persamaan ini dalam kajian geomorfologi boleh dilakukan pada 4 tahap:
  • o Tahap 1-Kajian mengenai unsur-unsur persamaan.
  • Kajian mengenai bentuk, proses dan/atau bahan secara berasingan
  • o Tahap 2-Kajian mengenai keseimbangan persamaan.
  • Kajian mengenai saling kaitan antara bentuk, proses dan bahan bagi kawasan tertentu pada masa tertentu
  • o Tahap 3-Kajian mengenai perbezaan persamaan.
  • Kajian mengenai bagaimana saling kaitan antara bentuk, proses dan bahan berbeza mengikut masa
  • o Tahap 4-Kajian mengenai gunaan persamaan.
  • Kajian mengenai aspek gunaan yang boleh diperolehi daripada persamaan untuk menyelesaikan masalah persekitaran